Laman Utama

      Produk

      Cara Pasang

      Testimoni

      Order

      Soalan Lazim

      Hubungi Kami

 

 

Admin

 

 

Newsletter Advantech4U

(Informasi produk & promosi terkini)

^ email anda ^

 

 

 

 

 

 

 

Soalan Lazim

 

 

1.) Adakah penggunaan alat penjimat elektrik Power.Tune ini sah disisi undang-undang Malaysia?

Ya. Penggunaan alat ini adalah sah disisi undang-undang Malaysia. Sebarang pengubahsuaian sebelum meter adalah tidak sah. Alat ini dipasang selepas meter iaitu pada litar dalaman premis. Untuk Melihat Surat Suruhanjaya Tenaga sila klik disini

 

2.) Adakah Power.Tune dapat mengurangkan bil elektrik saya?

Ya. Alat ini direka untuk menjimatkan bil elektrik anda. Berdasarkan kepada maklum balas daripada pelanggan-pelanggan, penjimatan sebanyak 25% direkodkan pada penggunaan biasa.

 

Peratus penjimatan bergantung kepada jenis beban (alat elektrik) dan penggunaannya. Dalam sesetengah keadaan, penjimatan melebihi 30% direkodkan terutama pada kedai, pejabat dan industri ringan.

 

3.) Kenapa anda meletakkan peratus penjimatan sebanyak 25% bukannya 30%, 40% atau 45% seperti jenama lain?

Peratus penjimatan adalah berbeza-beza bergantung kepada jenis peralatan elektrik yang digunakan. Kami meletakkan nilai yang realistik iaitu 25% walaupun sesetengah pengguna menikmati penjimatan melebihi 30%.

 

Ada alat elektrik yang mendapat penjimatan melebihi 50% manakala yang lain merekodkan penjimatan antara 5% hingga 20%. Secara purata, penjimatan yang diperolehi adalah sekitar 10% hingga 25%.

 

4.) Adakah sebarang sijil dikeluarkan untuk mengesahkan alat ini selamat digunakan?

Power.Tune telah melalui ujian keselamatan, prestasi dan kebolehharapan (reliability) yang telah dijalankan oleh badan-badan pensijilan dalam dan luar negara.

 

Alat ini telah diuji oleh SIRIM dan mematuhi EN61000-6-3, EN61000-3-2, EN61000-3-3 dan EN61000-6-1 (keperluan untuk menperolehi sijil CE). Untuk melihat keputusan ujian SIRIM sila klik disini

 

Ujian-ujian yang telah dijalankan:-

 

1.      Power Line Conducted Emission Measurement

2.      Radiated Emission Measurement

3.      Harmonic Current Emission Measurement

4.      Voltage Fluctuation and Flicker Measurement

5.      Electrostatic Discharge Test

6.      RF Field Strength Susceptibility Test

7.      Electrical Fast Transient/Burst Immunity Test

8.      Surge Immunity Test

9.      Injected Currents Susceptibility Test

10.    Voltage Dips and Interruptions Test

 

Untuk melihat gambar-gambar ujian sila klik disini

 

5.) Adakah Power.Tune memerlukan sebarang penyelenggaraan?

Tidak. Anda hanya perlu pasangkan alat ini pada soket 13Amp yang terhampir dengan suis utama di premis anda dan mula menjimatkan wang.

 

6.) Adakah saya perlu membuat sebarang pengubahsuaian kepada pendawaian elektrik?

Tidak. Alat ini direka supaya mudah untuk digunakan (plug n save). Anda hanya perlu pasang pada soket 13Amp yang terletak pada dinding dan bukannya pada extension cord.

 

7.) Model apakah yang sesuai untuk saya gunakan

Terdapat 2 model Power.Tune, sila rujuk pada jadual dibawah:-

  

Cara untuk mengetahui fasa premis/rumah anda sila klik disini

 

Single Phase

Model

Purata bil elektrik

(Tarif kediaman)

kWH/bulan

PT-01

(1 unit)

Dari RM60 hingga RM350

Dari 250kWH hingga 1,000 kWH

PT-02

(1 unit)

Dari RM350 hingga RM800

Dari 1,000kWH hingga 2,000 kWH

 

3 Phase

Model

Purata bil elektrik

(Tarif kediaman)

kWH/bulan

PT-01

(3 unit)

Dari RM250 hingga RM1,200

Dari 750kWH hingga 3,000 kWH

PT-02

(3 unit)

Dari RM1,200 hingga RM2,600

Dari 3,000kWH hingga 6,000 kWH

PT-02

(6 unit)

Rujuk kWH ->

Dari 6,000kWH hingga 10,000 kWH

PT-02

(9 unit)

Rujuk kWH ->

Dari 10,000kWH hingga 15,000 kWH

 

8.) Berapa lamakah tempoh jaminan alat ini?
Power.Tune mempunyai 12 bulan jaminan daripada pengilang, merangkumi sebarang kecacatan daripada pembuatan atau bahan. Kami juga memberikan 6 bulan money back guarantee. Wang anda akan dikembalikan jika terbukti alat ini tidak menjimatkan bil anda.
Untuk melihat syarat jaminan wang dikembalikan sila klik disini

 

Bilakah saya akan mendapat pulangan pelaburan Return of Investment (ROI) jika membeli alat ini?
Berdasarkan kepada ujian yang telah dijalankan dan maklum balas daripada pelanggan, anda akan ‘balik modal’ lebih kurang dalam masa 6 ke 12 bulan. Selepas itu anda akan menikmati penjimatan untuk tahun-tahun yang berikutnya.

 

9.) Bolehkah Power.Tune dibiarkan ‘on’ secara berterusan?  
Ya. Power.Tune perlu dibiarkan ‘on’ sepanjang masa untuk mendapatkan penjimatan maksimum. Alat ini hanya perlu di`off’kan jika premis ditinggalkan dalam waktu yang lama seperti pergi bercuti dsb.

 

Sila ambil perhatian bahawa Power.Tune menyimpan tenaga elektrik sehingga 3 saat selepas dimatikan. Sila tunggu sekurang-kurangnya 3 saat selepas memadamkan Power.Tune sebelum mencabutnya daripada soket.

 

10.) Bolehkah saya menggunakan lebih daripada 1 unit Power.Tune untuk mendapatkan lebih penjimatan?

Pada keadaan biasa, 1 unit Power.Tune adalah mencukupi.

 

Untuk model PT-01, 1 unit mencukupi untuk penggunaan single phase dibawah 1000kWH.

Untuk model PT-02, 1 unit mencukupi untuk penggunaan single phase dibawah 2000kWH.

Jika penggunaan melebihi 2000kWH dan premis anda single phase, 2 unit model PT-01 boleh digunakan.

 

 

Laman Utama | Produk | Cara Pasang | Testimoni | Order | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

Copyright © Advantech4U. All rights reserved.

 Page copy protected against web site content infringement by Copyscape