Syarat-syarat Jaminan 6 Bulan Wang Dikembalikan

 

 

1.      Jaminan ini adalah bertujuan untuk melindungi hak anda sebagai pengguna dan juga hak JimatKaran.com sebagai penjual.

2.      Syarat jaminan ini berkuatkuasa mulai 21hb November 2008.

3.      Ini adalah Jaminan Wang Dikembalikan sebenar dimana wang anda akan dikembalikan jika tiada pengurangan bil elektrik selepas menggunakan Power.Tune ini.

4.      Jaminan ini hanya sah dalam tempoh 6 bulan selepas dari tarikh belian.

5.      Bil elektrik anda hendaklah sekurang-kurangnya minima 3 bulan penggunaan Power.Tune secara penuh pada setiap bulan. Ini bagi membolehkan perbandingan sebelum dan selepas menggunakan Power.Tune dapat dilakukan secara adil.

6.      Penggunaan pada tempoh percubaan hendaklah konsisten sepertimana sebelum dan semasa menggunakan Power.Tune. Pada tempoh ini anda dicadangkan tidak menambah peralatan elektrik lain atau menggunakannya lebih dari kadar biasa bagi memudahkan perbandingan nanti.

7.      Perbandingan akan dilakukan di antara bil-bil elektrik bulan pertama, bulan kedua dan bulan ketiga selepas pemasangan Power.Tune dengan bil-bil elektrik tiga bulan sebelum menggunakan Power.Tune.

8.      Oleh yang demikian anda boleh membuat tuntutan wang dikembalikan bermula pada bulan keempat hinggalah bulan keenam.

9.      Hantarkan terlebih dahulu 3 bulan salinan bil-bil elektrik selepas menggunakan Power.Tune dan 3 bulan salinan bil-bil elektrik sebelum menggunakan Power.Tune kepada kami melalui email. Ini bagi membolehkan kami membuat semakan perbandingan sebenar bil-bil elektrik anda.

10.  Hantarkan juga Resit Bayaran dan Warranty Card yang diberikan bagi memastikan anda adalah pelanggan JimatKaran.com.

11.  Hantarkan juga alat Power.Tune secara pos kepada kami. Untuk kemudahan penghantaran pos, anda boleh menggunakan penghantaran Poslaju dimana ia adalah cepat dan selamat.

12.  Alat Power.Tune hendaklah diterima dalam keadaan masih baik dan boleh digunakan. Power.Tune yang telah rosak tiada jaminan wang dikembalikan.

13.  Wang dikembalikan akan diberikan secara bank-in ke akaun bank anda.

14.  Caj pengurusan sebanyak RM50 akan ditolak daripada harga setiap unit yang dipulangkan. Contohnya jika anda membeli seunit Power.Tune berharga RM270, maka jumlah wang yang akan dikembalikan kepada anda ialah RM230 ditolak RM50 (caj pengurusan) = RM220.

15.  Jika 2 unit dipulangkan bermakna caj pengurusan adalah RM100 dan begitulah seterusnya.

16.  Polisi ini tertakluk kepada pelanggan-pelanggan yang membeli pada harga penuh sahaja (full purchase price).

17. Kami berhak untuk mengubah polisi ini tanpa sebarang notis.

 

www.JimatKaran.com